Khamis, 21 Februari 2013

SEJARAH ASAL USUL NINJA DI NEGARA JEPUN


 Shinobi dan rappa adalah contoh nama lain yg merujuk kepada satu istilah "NINJA" yang terkenal diseluruh dunia. Ninja merupakan salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia di kesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu sekitar DINASTI NARA di negara Jepun...Kewujudan ninjutsu di negara jepun adalah sangat misteri dan mempunyai pelbagai teori... Ada yang mengatakan ia berasal dari seni perang china iaitu melalui skroll SUN TZU OF ART WAR. Ada yang mengatakan ia dari ONI penunggu gunung (jin gunung) yang dikenali sebagai TENGU. Tetapi ramai pakar sejarah bersetuju bahawa NINJUSTU dicipta oleh seorang PERTAPA (SAGE) yang dikenali sebagai EN NO GYOJA sekitar tahun 710 AD hingga 788 AD,menyamai terciptanya ritual SHUGENDO di Jepun.

       En no Gyoja merupakan pengasas ajaran SHUGENDOU . Beliau berjaya mencipta SHUGENDOU setelah bertapa 1000 hari di Gunung YOSHINO dan Gunung HANDA. Setelah berjaya menguAsai SHUGENDOU beliau mempunyai kebolehan luar biasa seperti sihir , mempunyai kuasa yang mampu memanipulasi pelbagai jenis jin dan iblis (oni,ayakashi,yokai) sebgai hambanya dan sebagai senjatanya dan juga mampu mengawal tenaga dalam seperti reiki dan chakra. Pada suatu hari, En no Gyoja bertemu dengan TENGU (jin gunung) semasa bertapa..Beliau meminta TENGU mengajarinya pelbagai ilmu tempur yang misteri kepadanya. TENGU adalah ONI yg terkenal dan pakar dalam pelbagai senibela diri mengajar EN no GYOJA ilmunya. Berbekalkan ilmu tempur daripada TENGU, EN NO GYOJA berjaya mengabungkan pengetahuan SHUGENDO nya dengan ilmu tempur TENGU lalu terciptalah sebuah seni bela diri yang dikenali sebagai "NINJUTSU" pada hari ini, EN NO GYOJA sering mengembara dari gunung ke gunung untuk bertapa dan menyebarkan NINJUTSU kepada orang kampung dan juga kepada YAMABUSHI (Pendekar Gunung).

        Semenjak hari itu maka tersebarlah senibela diri NINJUTSU di tanah Jepun. Kebanyakan ninja mengamalkan prinsip yang dipegang oleh Shugendou iaitu " Memupuk Kuasa semulajadi ,hidup harmoni bersama dewa-dewa dan memupuk hati yang murni ".Selain itu , kebanyakan ninja memegang falsafah TOH SHIN DOU iaitu "Hati Tulen Seperti Pedang". Tetapi semuanya mengalami perubahan setelah kedatangan agama Shinto ,Buddha,Taoisme dan confucius di Jepun.Setelah sekian lama NINJUTSU bertapak dinegara Jepun maka NINJUTSU itu sendiri mengalami evolusi dan perubahan. Setelah pelbagai perubahan berlaku, maka NINJUTSU di jepun mula terbahagi kepada pelbagai aliran.Tiga aliran yang paling popular kita itu adalah FUUMA RYU ,KOUGA RYU dan IGA RYU. Ia dikuasai oleh 3 PUAK NINJA yang paling terkenal di jepun iaitu PUAK FUUMA , PUAK KOUGA dan PUAK IGA. 

     Aliran Ninjutsu yang pertama wujud adalah aliran FUUMA RYU yang diasaskan oleh puak FUUMA itu sendiri. FUUMA RYU sangat misteri kerana sehingga hari ini tidak diketahui siapa pengasasnya.FUUMA RYU dikatakan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu menyamai tahun wujudnya NINJUTSU di dunia.Berkemungkinan besar FUUMA RYU adalah ninjutsu kuno yang dicipta oleh En No Gyoja terus kepeda puak FUUMA.Setelah 300 tahun berlalu maka wujud pula Aliran NINJUTSU yang dikenali sebagai KOUGA RYU yang dipegang oleh puak KOUGA. MOCHIZUKI SABURO dikatakan merupakan pengasas KOUGA RYU iaitu sekitar tahun 939 AD. MOCHIZUKI SABURO mempelajari ninjutsu daripada seorang YAMABUSHI (pendekar gunung) bernama TATSUMAKI HOSSI. MOCHIZUKI SABURO menguasai NINJUTSU yang dipelajarinya dan mencipta aliran ninjutsu itu sendiri iaitu KOUGA RYU.. Setelah itu MOCHIZUKI SABURO menukar nama familynya MOCHIZUKI kepada KOUGA. Selain itu .nama KOUGA RYU diambil sempena nama  tempat yang didiami oleh puak Mochizuki itu sendiri iaitu KOUGA .Selang 170 tahun kemudian, muncul pula Ninjutsu aliran baru yang dipanggil IGA RYU yang bertapak disuatu kawasan yang dikenali sebagai IGA (bersebelahan dengan kawasan KOUGA). Pada tahun 1030 IGA RYU wujud dan diasaskan oleh 2 orang ninja yang bernama FUJIWARA CHIKADA dan HOGENBO TESSHIN.Meraka berdua mempelajari ilmu tempur daripada Panglima Perang yang bernama IKAI sama. IKAI sama merupakan seorang KETUA PANGLIMA PERANG dari Tanah Besar CHINA yang melarikan diri ke Jepun. Berdasarkan ilmu tempur yang dipelajarinya, FUJIWARA CHIKADA dan HOGENBO TESSHIN berjaya mencipta NINJUTSU aliran IGA RYU dan seterusnya dikuasai oleh puak IGA. Setelah 3 aliran Ninjutsu wujud iaitu FUUMA RYU,KOUGA RYU dan IGA RYU di negara jepun, maka banyaklah sekolah NINJA dan SAMURAI dibuka diseluruh jepun bagi mempelajari Ninjutsu.Semenjak itu, maka lahirlah banyak ninja yang handal ketika itu dan Ninjutsu pelbagai aliran tersebar diseluruh Jepun.

       Pada Kurun 16, wujud pula satu aliran kecil dalam Puak KOUGA iaitu KUNOICHI RYU. KUNOICHI RYU diasaskan oleh Ninja KOUGA sendiri iaitu MOCHIZKI CHIYOME. CHIYOME adalah ninja wanita pertama didunia, mencipta ninjutsu khas untuk kaum wanita.CHIYOME mempunyai satu pasukan ninja yang terdiri daripada Kunoichi (ninja perempuan sahaja). Kebanyakan orang salah anggap kerana mengangap Ninja terdiri daripada RONIN (samurai buangan yang di buang oleh tuannya).Sedangkan yang sebenarnya Ninja terdiri daripada YAMABUSHI (pendekar gunung) yang mendiami kawasan sekitar gunung. Ninjutsu yang dipelajari pada zaman itu merangkumi Shurikenjutsu (seni lempar kunai dan shuriken, ninjutsu asas (kawarimi,henge,jalan atas air dan lain), Taijutsu (seni tempur tanpa senjata),Kenjutsu (seni pedang),Soujutsu (seni senjata tumpul seperti kayu ,cota dan lembing) Kusarijutsu (seni senjata bertali seperti sabit berantai,nunchaku) dan genjutsu (seni sihir,ilmu khayalan,penggunaan yokai dan ayakashi).

     Setelah Ninjutsu berkembang di Jepun, banyak peperangan dan perebutan kuasa berlaku. Ninja sering digunakan oleh Tuan, DAIMYO dan SHOGUN untuk menguasai sesuatu kawasan dan menyebarkan pengaruh. Terdapat 3 puak yang sering terlibat dalam peperangan dan pembunuhan iaitu Puak KOUGA ,IGA dan FUUMA , mereka sentiasa bermusuhan sesama  mereka. Puak FUUMA paling dibenci oleh semua ninja kerana mereka terkenal dengan tipu muslihat yang licik..Puak IGA dan KOUGA sering berperang dengan puak FUUMA yang dipimpin oleh NINJA yang kejam iaitu FUUMA KOTARO. Manakala puak IGA terkenal dengan 3 orang jounin mereka iaitu FUJIBAYASHI NAGATO, MOMOCHI SANDAYU dan juga ninja lagenda HATTORI HANZO.  Selain itu, ISHIKAWA GOEMON juga terkenal sebagai ninja IGA yang tidak diiktiraf tetapi banyak memberi sumbangan kepada puak IGA dan sejarah ninja. Di kalangan PUAK  KOUGA pula, nama ninja lagenda seperti SARUTOBI SASUKE sangat terkenal dan digeruni musuh. Malahan ninja Kouga yang lain seperti MOCHIZUKI CHIYOME dan KIRIGAKURE SAIZO banyak membantu dalam menjaga kegemilangan puak KOUGA.  HATTORI HANZO juga pernah melahirkan ninja yang handal mengunakan pedang samurai yang dikenali sebagai YAGYU JUBEI.


Selasa, 29 Januari 2013

Cara Menegur dalam Islam.

        Isu tegur menegur dan menasihati orang untuk kebaikan sering dipandang remeh orang masyarakat kita. Untuk orang yang ditegur pula kadangkala mereka rasa terhina atau marah apabila ditegur. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh masyarakat kita sendiri yang tidak tahu CARA YANG SESUAI untuk menegur sesorang itu.. Kebanyakan kita lebih suka menyindir atau menghentam seseorang itu SECARA KASAR bagi memberi keinsafan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Justeru itu saya akan menerangkan cara yang betul untuk MENEGUR DALAM ISLAM.

'Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya."
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."
Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2) mencari waktu yang tepat
3) memahami kedudukan orang yang ditegur

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103yang mengingatkan,

''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.


KESIMPULANNYA ;
Jika kita menegur orang yang melakukan dosa atau kesalahan lain haruslah dengan cara berhemah,jaga tutur kata ketika menasihatu,jaga hatinya agar tidak terguris hati dan guna cara psikologi untuk membuka hatinya melihat kebenaran.. Insyaallah dengan cara yang betul pasti mereka akan berubah . Tetapi jika sebaliknya tidak usah lah memarahi mereka kerana Hikmah dan hidayah adalah rahsia Allah.Jika kita tak mampu beri mereka pertunjuk cukuplah dengan mendoakan mereka agar kembali ke arah kebaikan. Kerana DOA adalah senjata utama kita sebagai muslim.


KRITIKAN SOSIAL
Sesetengah masyarakat kita lebih gemar menghentam, menghukum orang sesuka hati.Kononnya dengan niat ingin MENEGUR utk kebaikan.. Tapi hasilnya apa yang terjadi adalah perpecahan dan pergaduhan.
"Senang cite macam nie lah ehh", setiap manusia tidak sempurna pasti buat kesilapan..

"Daripada kita sibuk menghukum dan menghentam orang, adalah lebih baik kita melihat diri kita atas dosa dosa yang silam. Kita jadikan kesalahan dan dosa orang lain sebagai IKTIBAR dan CERMINAN DIRI SENDIRI agar kita boleh memperbaiki diri sendiri dan secara tidak langsung mendoakan mereka agar memperoleh hidayah.. "

INSYA'ALLAH....... ^_^
















Ahad, 27 Januari 2013

REBORN : J.D.A V2

    Dulu wujud lantas menyepi,
    Menghilang tanpa  hasil dikecapi,
    Kini bangkit menyambung legasi,
   Mengejar kemajuan mengangkat tradisi.

Pensil yang tumpul tidak diasah,
ibarat kayu api yang basah,
Fikir kehadapan usah dirisau,
Agar pena setajam pisau.

Sudah tewas tanpa bertempur,
kerana semangat hilang dan luntur,
JiwaDeepArt dilahirkan semula,
kerana perjuangan sebenar baru bermula.

 Syukur Alhamdulilllah kerana dengan izin yang Maha Esa blog JiwaDeepArt V2 dilahirkan semula. Setelah sekian lama menghilang tanpa berita. Sememangnya perjuangan penulisan bukan semudah yang disangka. Tanpa bahan dan kandungan yang baik sesuatu blog mudah lenyap di alam maya. Kepada pembaca sekalian BLOG JIWA DEEP ART V2 akan memaparkan kandungan yang baik agar kita boleh berkongsi ilmu bersama. Blog ini akan mengandungi pelbagai bahan pembacaan menarik seperti SEJARAH,KRITIKAN SOSIAL,DUNIA ISLAM,SENI,LUKISAN MANGA dan juga CORETAN HIDUP. Doakan kesihatan saya agar dapat memberi yang terbaik. Kita akan berjumpa lagi.. Insyaallah ~~~